Sunday, June 14, 2009

Kalau

Kalau kail panjang sejengkal
Jangan laut hendak diduga
Kalau hendak diduga juga
Biar tahu merentasinya

Kalau mendengar guruh dilangit
Air ditempayan dicurah jangan
Kalau ingin dicurah jua
Pastikan cukup bekal sebulan

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Kalau ingin berumah juga
Biar kukuh tiang kerangka

Wednesday, June 10, 2009

Jangan Engkau

Jangan engkau marah bila ditimpa musibah
Mungkin itu mampu menghalang engkau dari rebah
Mungkin itu menghalang engkau dari megah
Mungkin itu pahala buat mu melimpah ruah

Jangan engkau mencuka bila datangnya duka
Mungkin Tuhanmu hanya mahu menduga
Adakah engkau cintaiNya sepenuh jiwa
Melebihi segala di alam fana

Jangan engkau merintih bila kau sedih
Walau dugaan yang datang maha pedih
Jangan kau lupa Tuhanmu sentiasa kasih
Jangan kau lupa kau tidak disish

Jangan engkau merungut bila hati serabut
Nanti jiwamu makin kusut
Pohonlah taubat tanpa rasa takut
Pasti doamu akan bersambut

Sunday, June 7, 2009

Rusuk Kiri

Ku jalan langkah sudah seribu
Mencari rusuk kiri yang belum ku temu
Di padang nan luas, gurun sudah ku tuju
Di manakah rusuk kiri ku yang satu

Sukar mencari rusuk yang benar
Zahir ada seribu yang sesuai hanya satu
Serasi urat dan nadi
Agar bersatu dengan kanan ku

Sukar sungguh mencari rusuk ku ini
Melentur biar jangan ikut nafsu
Patah tak tumbuh hilang tiada ganti
Bukan macam jawatan Menteri

Andai rusuk kiri tak ku temui
Biarlah yang kanan menyendiri
Dari bercantum dengan yang tak rasi
Takut nanti merana diri

WanitaYang Aku Suka...

Wanita ini hadir tanpa ku minta
Tanpa ku rancang tiada ku duga
Kali pertama bertentang mata hati kecil ku berkata...
Inilah wanita yang aku suka

Yang pertama aku suka adalah senyumannya
Yang menggambarkan kelembutan tiada tara
Yang bisa buat aku terkesima tidur tak lena

Yang kedua aku suka adalah matanya
Yang menzahirkan luhur cinta tiada dua
Yang bisa buat aku yakin dengan setianya

Yang ketiga aku suka adalah manjanya
Yang buat aku tertawa ria
Yang buat aku tenang di kala duka

Namun yang paling aku suka adalah hatinya
Yang sabarnya buat aku dilamun cinta
Yang tulusnya buat aku tidak terkata
Yang ku tahu akan kekal selamanya

Friday, June 5, 2009

Tukang Karut

Tak sabar menunggu pagi
Untuk tabur janji manis lagi
Umpan duit berkail pangkat
Harap-harap ada yang lekat

Misai janggut diandam rapi
Rakyat tengok pun lembut hati
Harap-harap boleh dapat undi
Parlimen ok DUN pun jadi

Oh para YB
Aku sudah muak
Aku sudah jelak
Berjanji seakan Tuhan
Tapi semua tak boleh buat

Oh Yang Berhormat
Apa kau ingat kau hebat?
Semua isu konon boleh debat
Fakta kontang hujah berkarat

Oh YB Datuk
Cukup - cukuplah jadi tukang karut
Nanti rakyat tambah serabut
Negara jadi makin kalut

Thursday, May 28, 2009

Dunia Sekarang

Dunia sekarang sudah gila
Manusia sudah jadi hamba
Biar segagah mana pun manusia
Kertas juga yang jadi Raja

Dunia sekarang semakin pelik
Semua jadi tunggang terbalik
Sang ayam dipanggil itik
Yang baik dipandang jelik

Dunia sekarang semakin parah
Maksiat membiak semacam barah
Manusia hanyut buat tak endah
Semuanya "Ikut Suka Lu Lah"

Yang halal dipandang haram
Yang haram dikata halal
Sentuh khinzir semua naik geram
Jantan peluk betina orang kata "no hal"

Benar Kata Nabi

Benar Kata Nabi
Akan ada suatu hari
yang mulia dikeji yang dungu dipuji

Benar Kata Nabi
Jangan berpaling dari kalam Tuhan
Jangan lupa apa yang Nabi tinggalkan
Nanti tak tahu mana Tuhan mana Syaitan

Benar Kata Nabi
Akan ada suatu hari
Orang berebut bina bangunan tinggi-tinggi
Ingat boleh dibawa mati

Benar Kata Nabi
Akan ada suatu hari
Manusia lupa mana satu kanan mana satu kiri

Benar kata Nabi
Dalam 73 jalan hanya 1 yang hakiki

Kalau tahu Benar Kata Nabi
Kenapa masih tak sedar diri
Kenapa bilang.. Ah! Kiamat lambat lagi!

Sunday, May 24, 2009

Gerepok - Kalau Pahit Jangan Mencebik... Kalau Pedih Jangan Merintih...

Assalamualaikum...

Buat semua pengunjung.. kalau ada yang mengunjung, selamat datang saya ucapkan. Blog ini adalah medium saya untuk menyalurkan ide-ide serta karya-karya saya yang selama ini tersimpan di hati dan minda saya seorang.. Ide serta karya saya mungkin kurang menarik atau picisan pada tanggapan sesetengah orang... tapi biarlah... Blog ini bukanlah pentas untuk menghukum tapi platform luahan sahaja...

Sebarang puisi, nota atau idea asal saya yang saya letakkan di sini adalah untuk kepuasan peribadi sahaja.. sekiranya ada pengunjung yang ingin menyalin atau menggunakan pandangan saya diharap dapat memberikan kredit terhadap blog ini sebagai pemilik asal subjek berkenaan...:)

Saya amat berharap pengunjung dapat sama-sama memeriahkan blog ini.. sebarang ulasan yang konstruktif amatlah dialukan.. Sekian.